suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dakwa alami kejadian paranormal selepas jumpa anak patung di hutan

Anak patung yang menyeramkan bagi netizen. sumber TikTok / @timmysayshi

ORANG ramai terkejut menonton satu video aneh yang menunjukkan seorang lelaki mengambil gambar selfie bersama satu anak patung yang ditemuinya di hutan.

Menerusi klip video tersebut, pengguna TikTok @timmysayshi merakamkan dirinya bersama anak patung, dan kemudian menjelaskan menimpa kecelakaan pada minggu berikutnya.

Bergambar bersama anak patung itu, dia berkata: "Kami baru menjumpai dia ni di tengah hutan, tak bohong."

Anak patung menyeramkan itu kelihatan seperti seorang kanak-kanak seperti watak filem seram Chucky.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Wajah anak patung itu sudah cukup menakutkan mereka yang menonton video tersebut.

Dia kemudian menyesali tindakannya dan berkata: "Saya tidak menyangka anak patung ini akan menghantui kerana kami hanya bermain saja, dan seminggu kemudian kereta saya terbabas, kamera mengalami masalah dan anjing saya menyalak secara tiba-tiba."

Video tersebut mendapat sambutan sehingga meraih lebih lima juta tontonan.

Seorang netizen memberi pendapat: "Adakah kamu semua tidak menonton filem-filem seram? Kenapa kamu mahu bermain-main dengan patung itu?"

Namun, bukan semua mempercayai video tersebut sebagai aktiviti paranormal, dengan sebahagiannya menyindir di ruangan komen. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain