suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembar seiras tak pernah berpisah, hidap ‘separation anxiety’... kongsi segala-galanya termasuk teman lelaki!

Anna dan Lucy bersama teman lelaki mereka, Ben Byrne. Foto: annalucydecinque/Instagram

PASANGAN kembar Anna dan Lucy DeCinque sering mendapat julukan sebagai kembar paling seiras di dunia.

Namun jangan terkejut, mereka bukan hanya berkongsi raut wajah yang sama.

Pasangan kembar berusia 35 tahun ini malah berkongsi teman lelaki yang sama, Ben Byrne, pakaian dan juga katil!

Pasangan kembar ini yang muncul dalam sebuah rancangan televisyen, TLC Show - Extreme Sisters, mendedahkan mereka juga pergi ke tandas bersama-sama.

"Apabila dia (Lucy) ke tandas, saya akan pergi bersama. Begitu juga apabila mandi, saya turut ikut serta.

"Anda katakan apa sahaja, semuanya kami buat bersama-sama. Kami tak pernah berpisah. Kami menghidap gangguan kecemasan dalam perpisahan (separation anxiety). Kami terikat antara satu sama lain," demikian menurut Anna.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu menurut Lucy, teman lelaki mereka yang berusia 37 itu sangat memahami betapa eratnya hubungan serta kebergantungannya dengan Anna.

Malah kembar itu enggan mengambil pusing dengan pihak yang mengecam kehidupan mereka. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain