suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan tangguh, pasangan disatukan di hospital selepas pengantin lelaki positif Covid-19

Pasangan dari Kerala, India ini disatukan di hospital selepas pengantin lelaki disahkan positif Covid-19. Foto: India.com

SEPASANG mempelai dari Kerala, India melangsungkan perkahwinan di hospital selepas pengantin lelaki disahkan positif Covid-19 beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Menerusi foto yang yang tular di media sosial, kelihatan pengantin perempuan mengenakan sut lengkap kelengkapan perlindungan diri (PPE) sementara pasangannya mengenakan kemeja biru dan dhoti (persalinan tradisional) berwarna putih.

Pengantin lelaki, Sarath Mon, 28, dan pasangannya Abhirami, 20, melangsungkan majlis ringkas itu di wad Covid-19 di pusat perubatan Alappuzha selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Difahamkan, Sarath yang bekerja di luar negara disahkan positif virus itu ketika sedang membuat persiapan untuk hari bahagianya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beberapa hari kemudian, ibunya turut dijangkiti dan kedua-dua beranak itu dimasukkan ke pusat perubatan Alappuzha.

Sarath dan Abhirami sememangnya merancang untuk disatukan pada 25 April.

Ahli keluarga dan saudara mara pasangan itu sepakat untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka sebagaimana yang dijadualkan meskipun terpaksa bertukar lokasi. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain