suria

Nyaris maut... penyampai stesen TV dibelasah, hampir dirogol depan mata anak sendiri

Insiden itu menyebabkan Anastasia cedera dan trauma manakala penyerangnya pula mati di dalam pusat tahanan pada 13 April lalu. Foto: Newsflash

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Seorang penyampai stesen televisyen di Ukraine nyaris maut selepas dibelasah dan hampir dirogol oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan dari Mariupol ke Kyiv dengan anak lelakinya menaiki kereta api.

Kejadian tersebut bahkan berlaku di depan mata anak lelakinya yang masih kecil.

Sungguhpun insiden hitam itu berlaku pada 1 Ogos tahun lalu, namun Anastasia Lugovaya mampu mengingati dengan jelas insiden yang hampir meragut nyawanya itu.

Ketika kejadian, Anastasia berada di dalam satu gerabak apabila seorang lelaki tidak dikenali memasuki gerabak yang sama dan tiba-tiba membelasah dan mencekiknya.

"Anak saya mula menangis, dan saya fikir ini akan menjadi peluang untuk melarikan diri.

"Saya merayu kepada lelaki itu dan memberitahunya saya perlu pujuk anak saya berhenti menangis kerana dia mungkin mengejutkan semua orang di dalam kereta api. Lelaki itu bersetuju.

"Saya ambil peluang itu untuk tarik anak saya dan berlari dari satu gerabak ke gerabak lain meminta pertolongan sambil dia mengejar. Akhirnya kami berjaya diselamatkan daripada lelaki tersebut," tulisnya di Instagram.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lelaki tersebut, Vitaly Rudzko, akhirnya berjaya diberkas namun wanita tersebut cedera dan masih trauma.

Malah anak lelakinya, satu-satunya saksi dia diperlakukan dengan kejam, terpaksa mendapatkan rawatan psikologi.

Rudzko bagaimanapun mati di dalam pusat tahanan pada 13 April lalu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain