suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki kantoi ‘bercinta’ dengan 35 wanita dalam satu masa, pura-pura jadikan kekasih demi dapatkan hadiah hari lahir

Miyagawa didakwa memperdaya 35 wanita di mana dilaporkan hasil penipuannya mencecah 100,000 yen (RM3,804). Foto: Newsflash

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui pemuda ini selepas taktiknya memperdaya ramai wanita untuk dijadikan 'kekasih' akhirnya terbongkar.

Lelaki bernama Takashi Miyagawa, 39, akan mendekati wanita dan berpura-pura mahu menjadikan mereka sebagai kekasihnya, semata-mata mahu mendapat hadiah sempena hari lahirnya.

Lelaki dari Kansai, Jepun itu akan memberi setiap 'kekasihnya' tarikh 'hari lahir' yang berbeza-beza.

Menurut media tempatan, keseluruhan jumlah wanita yang menjadi mangsanya adalah seramai 35 orang namun dilaporkan jumlah sebenar mangsanya melebihi angka tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perbuatan Miyagawa terbongkar selepas wanita-wanita yang menjadi mangsanya 'bekerjasama' dan kemudian melaporkan taktik liciknya kepada polis pada Februari lalu.

Miyagawa didakwa memperdaya kesemua mangsanya di mana dilaporkan hasil penipuannya mencecah 100,000 yen (RM3,804) termasuk hadiah, pakaian dan wang tunai. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain