suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis berharap dapat jumpa makhluk asing menjelang tahun 2026

Teleskop baharu itu berupaya melihat objek sejauh 12 bilion tahun cahaya.

MAKHLUK asing atau alien masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Malah, kita biasanya mendapat gambaran mengenai kehidupan makhluk itu menerusi paparan dalam filem sahaja.

Kini, para saintis sedang mencari bukti kewujudan makhluk asing dengan menggunakan teknologi teleskop baharu dalam tempoh lima tahun akan datang, menjelang 2026.

Difahamkan, ia merupakan teleskop paling berkuasa yang pernah dicipta manusia.

Teleskop Webb Space oleh NASA itu dikatakan mampu mengesan kehidupan yang wujud di planet-planet lain.

Menurut para pengkaji, teleskop baharu itu berupaya melihat objek sejauh 12 bilion tahun cahaya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain