suria

Suka kumpul anak patung, gelarkan diri ‘Papa Smurf’... terbongkar rahsia rogol remaja 16 tahun

Robin White merupakan pengumpul koleksi terbesar permainan daripada kartun Smurf dan menggelarkan dirinya sebagai 'Papa Smurf'. -foto SWNS

SEORANG pesara yang menggelarkan dirinya sebagai 'Papa Smurf' sempena nama watak kartun didedahkan sebagai perogol kanak-kanak.

Dia memberikan gelaran itu selepas menarik perhatian ramai pada 2017, kerana mempunyai koleksi permainan Smurf terbesar di dunia.

Robin White, 65, mengadakan lawatan ke sekolah dan taman asuhan kanak-kanak, bagi mempamerkan lebih 11.500 anak patung dan koleksi kartun daripada buku komik itu.

Dia kini dipenjara selama 16 tahun selepas didapati bersalah kerana merogol dan melakukan serangan seksual terhadap remaja perempuan bawah umur iaitu berusia 16 tahun.

Hukuman itu dijatuhkan dalam perbicaraan kes di Mahkamah Derby Crown di United Kingdom.

Mangsa, yang kini telah dewasa, tampil ke hadapan bagi mendedahkan bagaimana dia didera ketika itu.

Robin disabitkan enam pertuduhan merogol, menyebabkan atau mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seksual dan beberapa serangan tidak senonoh.

Pendakwa raya, Julia King memberitahu mahkamah bahawa mangsa menderita secara psikologi yang teruk susulan serangan itu. - Metro UK

Artikel Lain