suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, ‘kembar’ Angelina Jolie dibebaskan dengan jaminan selepas dipenjara 15 bulan

Sahar Tabar dilaporkan dibebaskan dengan jaminan selepas menjalani hukuman penjara selama 15 bulan.

REMAJA Iran, Sahar Tabar atau nama sebenarnya Fatemah Khishvand dilaporkan telah dibebaskan dengan jaminan selepas dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun sebelum ini.

Gadis dari Tehran itu yang menjadi sebutan kerana melakukan suntingan berlebihan terhadap gambarnya demi mahu kelihatan persis Angelina Jolie, dibebaskan selepas tekanan media.

Tabar, 19, dipercayai dibebaskan dengan jaminan setelah menjalani hukuman selama 15 bulan.

Ia berlaku setelah para penyokong kempen bersuara dan aktivis Iran, Masih Alinejad mengetengahkan kes itu.

Terdahulu, Tabar ditangkap pada Oktober 2019 dan dipenjarakan kerana tuduhan pencabulan, termasuk komen yang menghina hijab dan menghasut ke arah keganasan, menurut Agensi Berita Hak Asasi Manusia Iran.

Tabar yang mempunyai hampir setengah juta pengikut di laman Instagram menjadi popular selepas menyiarkan gambar suntingan persis Jolie dan mengaku telah menjalani sekitar 40 pembedahan untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti pelakon Hollywood itu.

Bagaimanapun dia kemudian mengesahkan bahawa ia hanyalah kesan solekan dan suntingan gambar. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain