suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Kanak-kanak 2 tahun maut tertembak diri sendiri dengan pistol yang ditemui dalam bilik tidur

Leighton Seals dilaporkan meninggal dunia sejurus terkena tembakan pada tengah hari, Selasa lalu. Foto: GoFundMe

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang ditemui dalam bilik tidur rumahnya di Fairmount, Indiana.

Leighton Seals dilaporkan meninggal dunia sejurus terkena tembakan pada tengah hari, Selasa lalu selepas menemui sepucuk pistol Ruger 9mm itu.

Ibunya, Caci Seals, 22, berada di dalam bilik lain ketika insiden menyayat hati itu berlaku, manakala ayahnya tiada di rumah.

Leighton dikejarkan ke hospital namun dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Menjelaskan tragedi berkenaan, Jurucakap Polis Indiana berkata, bukti menunjukkan Leighton menarik picu pistol tersebut yang menyebabkan terkena sebutir peluru.

"Namun siasatan lanjutan masih lagi dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, halaman GoFundMe dibuka untuk majlis pengebumian kanak-kanak itu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain