suria

Meghan Markle rampas ‘takhta’ keluarga diraja Britain paling popular... tewaskan Ratu Elizabeth, Kate Middleton

Meghan Markle mendahului sebagai anggota diraja Britain paling popular. -foto AFP

MEGHAN Markle merampas takhta sebagai keluarga diraja Britain, menurut satu tinjauan di seluruh dunia yang baharu.

Duchess of Sussex itu mencatatkan skor populariti 14.5 peratus mendahului Kate Middleton dengan jurang yang sangat kecil, yang memperoleh skor 14.4 peratus.

Kedudukan Meghan itu juga meletakkan Ratu Elizabeth di tangga ketiga, dengan rating 14.3 peratus dalam satu tinjauan secara dalam talian menerusi laman beli-belah, OnBuy.

Meghan sebelum ini membuat pengumuman bahawa beliau berundur daripada barisan hadapan tugas diraja.

Namun, berbeza dengan suaminya, populariti Putera Harry menyaksikan penurunan selepas membuat keputusan untuk berundur dari melakukan tugasan diraja.

Beliau bagaimanapun masih mendahului Putera William, dengan menduduki tangga keempat paling popular dalam kalangan keluarga diraja Britain..

Duke of Sussex itu memperoleh skor dengan 14.2 peratus. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain