suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuan rumah bengang lelaki curi hadiah Krismas, sebar rakaman CCTV agar pencuri 'dimalukan'

Imej dari rakaman CCTV memaparkan tindak-tanduk seorang lelaki yang mencuri hadiah Krismas dari sebuah rumah di Midlothian, Scotland. Foto: Daily Record WS

TINDAKAN keji seorang lelaki yang mencuri hadiah Krismas dari sebuah rumah, berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman berkenaan, lelaki tersebut yang memakai baju dengan 'hoodie' kelihatan berjalan ke pintu depan di sebuah kediaman di Midlothian, Scotland.

Dia kemudiannya mengambil kotak yang diletakkan di pintu dan berjalan keluar dari kediaman berkenaan, lapor Daily Record.

Tindak-tanduknya berjaya dirakam oleh CCTV dan keluarga berkenaan menularkan rakaman video agar pencuri berkenaan mendapat balasan.

Menurut Gary McCormack, insiden tersebut berlaku di rumah ibunya.

"Seperti yang anda lihat dalam video, lelaki itu sepertinya menunggu hingga keadaan benar-benar selamat sebelum mencuri.

"Kami ingin dia dimalukan dan mendapat balasan setimpal. Dia boleh melakukan perkara yang sama kepada orang lain," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

CCTV, hadiah Krismas

Artikel Lain