suria

Bertuah gelandangan, pendandan rambut buat transformasi percuma selepas dikesan di luar kedai

(kiri) Seorang gelandangan masuk ke kedai gunting rambut. (kanan) Rambut gelandangan sedia dipotong. -foto TikTok/@skinny_pinny

SEORANG tukang gunting rambut menjadi perhatian selepas memotong rambut seorang lelaki gelandangan sehingga menyaksikan perubahan yang begitu ketara.

Pendandan rambut itu yang dikenali sebagai @skinny_pinny di TikTok, memberi penjelasan di dalam video yang dimuat naik minggu ini, apabila mendapati gelandangan itu berada di luar kedai gunting rambutnya di Scottdale, Arizona di Amerika Syarikat.

Rakaman menunjukkan pelanggan bertuah itu berjalan masuk ke dalam kedai dengan rambutnya yang panjang dan kelihatan tidak terurus begitu lama.

Di sebalik rakaman tersebut, tukang gunting rambut it berjaya meyakinkan gelandangan berkenaan untuk dipotong rambutnya.

Sepanjang memoton rambut gelandangan itu juga, kedua-dua mereka kelihatan ceria dan ketawa bersama.



Gelandangan gembira dengan potongan rambut baharu.

Percaya atau tidak, lelaki gelandangan itu ternyata terkejut dengan hasil potongan rambut baharunya.

Video tukang gunting rambut itu meraih lebih 700,000 tontonan sejak ia dikongsi pada Selasa lalu.

"Rasanya sangat baik untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik," menurut keterangan video.

Rata-rata netizen memuji tindakannya yang disifatkan bermurah hati itu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain