suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unik! Majlis perkahwinan ala Romeo dan Juliet gara-gara pengantin perempuan positif Covid-19

Pasangan ini memutuskan untuk berkahwin dalam acara yang unik ala Romeo dan Juliet bagi mengelakkan penularan virus Covid-19. Foto: Jesscaste Photography

PASANGAN dari Ontario, California membuktikan bahawa tiada apa yang dapat menghalang majlis perkahwinan mereka, sungguhpun pengantin perempuan disahkan positif Covid-19.

Lauren Jimenez, 29, dan Patrick Delgado, 27, sudah beberapa kali menjadualkan semula majlis perkahwinan mereka sebelum ini berikutan penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun pasangan ini akhirnya selamat disatukan pada 20 November lalu, sungguhpun Lauren disahkan dijangkiti virus Covid-19 tiga hari sebelum majlis perkahwinannya.

Bagi mengelakkan risiko penularan kepada pengantin lelaki dan tetamu, pasangan itu memutuskan untuk berkahwin dalam acara yang unik ala Romeo dan Juliet, di mana Lauren yang memakai gaun putih duduk di tepi tingkap biliknya di tingkat dua, manakala Delgado pula berada di tingkat bawah rumah berkenaan.

Mereka tidak dapat berpegangan tangan dan menyentuh satu sama lain, sebaliknya hanya dihubungkan dengan tali berwarna putih.

Mereka kemudian hanya kembali bertemu selepas pengantin wanita selesai menjalani kuarantin.

Namun, pasangan ini mengharapkan untuk mengadakan majlis yang lebih besar pada tahun hadapan. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain