suria

Lelaki akhirnya bebas selepas dikurung ibu selama 28 tahun... ditemui lemah, hampir hilang semua gigi

Pihak polis memeriksa apartment di mana lelaki malang itu dikurung ibunya selama 28 tahun. Foto: Getty Images

SEORANG lelaki berusia 41 tahun akhirnya 'bebas' selepas dikurung selama 28 tahun oleh ibu kandungnya di dalam apartment di Stockholm, Sweeden.

Ketika ditemui, lelaki itu berada dalam keadaan yang sungguh teruk di mana dia sukar berjalan, hilang keupayaan bercakap dan lemah selain hampir kehilangan semua giginya kerana kekurangan zat.

Ibunya yang berusia 70 tahun ditahan polis selepas disyaki mengurung anak lelakinya itu hampir tiga dekad.

Seorang saudara keluarga berkenaan menjumpai lelaki malang itu Ahad lalu ketika dia pergi ke apartmen berkenaan untuk melakukan intipan, selepas mengetahui si ibu dibawa ke hospital.

Katanya, dia menanti saat tersebut selama 20 tahun kerana mengesyaki si ibu 'terlalu mengawal' anaknya.

"Saya tahu dia (lelaki itu) dikawal sepenuhnya oleh si ibu. Namun, saya tidak menyangka ia sampai ke tahap ini. Saya bersyukur dia kini sudah diselamatkan," katanya.

Laporan media tempatan menyebut, wanita warga emas itu memberhentikan anaknya dari sekolah ketika berusia 12 tahun dan mengurungnya di apartment berkenaan sejak itu.

Wanita itu bagaimanpun menafikan jenayah yang dilakukan, kata seorang pendakwaraya, Emma Olsson. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hilang gigi, dikurung ibu, apartment,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19