suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model bunuh suami selepas ‘kantoi’ menggatal dengan wanita lain di bar

Suaminya membawa wanita itu pulang ke rumah sebelum berlaku kejadian berkenaan.

SEORANG model berdepan pertuduhan jenayah dan didakwa membunuh suaminya dengan pisau kerana cemburu.

Lilia Sudakova, 26, berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah.

Wanita dari Rusia itu didakwa membunuh suaminya, Sergey Popov, 28, yang berkenalan dengan seorang wanita di sebuah bar.

Menurut kertas pertuduhan, suaminya membawa wanita itu pulang ke rumah sebelum berlaku kejadian berkenaan.

Menurut ibu suspek, Irena Sudakova, 48, model itu sememangnya sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Malah, tindakan model itu menikam suaminya merupakan tindakan bagi mempertahankan diri, jelas ibunya lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain