suria

Kejam! Lelaki culik, rogol anak jiran berusia 4 tahun... mangsa kritikal, organ rosak

Liu pada awalnya datang ke rumah jiran untuk meminta minuman. -foto PEAR VIDEO

SEORANG lelaki menculik dan merogol anak perempuan jirannya yang berusia empat tahun, sehingga menyebabkan organ mangsa rosak.

Lelaki berusia 54 tahun yang dikenali sebagai Liu, membawa mangsa keluar dari rumah kanak-kanak itu di Harbin, China, pada Ogos lalu selepas datang untuk meminta minuman.

Menurut laporan Mail Online, Liu membawa pulang kanak-kanak itu dengan kesan darah dan lebam pada 30 Ogos lalu.

Mangsa kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas didiagnosis dengan jangkitan kuman, sementara Liu ditahan polis.

Bercakap kepada media China pada 1 Disember lalu, bapa mangsa berkata: "Semua organ dia terkena jangkitan kuman dan rosak. Dia juga mengalami kegagalan buah pinggang.

Mangsa ketika dalam keadaan kritikal.

Menurut keterangan mahkamah, berdasarkan siasatan, Liu mengaku telah melakukan serangan seksual dan merogol kanak-kanak itu dekat longkang.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas Liu.

Lelaki berkenaan sebelum menjalani hukuman penjara kerana membunuh dan rogol. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain