suria

Gempar anak lembu lahir dua kepala... 4 mata, 2 mulut tapi hanya sepasang telinga

Seekor anak lembu yang mempunyai empat mata, dua mulut tetapi hanya sepasang telinga. Foto indiaphotoagency/Jam Press

SEORANG penternak terkejut apabila seekor daripada lembu-lembunya mempunyai dua kepala.

Bhaskar tidak menjangkakan sebarang kejadian pelik berlaku apabila lembunya beranak di kandang miliknya, di kampung Paarasalai di selatan India minggu lalu.

Maka tidak hairanlah apabila dia terkejut apabila mendapati seekor lembunya mempunyai wajah seperti dua kepala yang dicantumkan.

Kejadian luar biasa itu menunjukkan lembunya mempunyai empat mata dan dua malam.

Ia bagaimanapun mempunyai sepasang telinga.

Anak lembu berkepala dua bersama ibunya. Foto indiaphotoagency/ Jam Press

Sejak kelahiran lembu istimewa itu, ladang ternakan lembu milik Bhaskar menjadi tarikan pelancong.

Kebanyakan pengunjung adalah dari kampung-kampung lain yang mahu menyaksikan sendiri keunikan lembut tersebut. 

Anak lembu itu bagaimanapun mempunyai dua lidah yang menyukarkannya untuk minum susu.

Ini bermakna dia perlu memberikannya minuman susu daripada botol setiap hari. - Mirror

lembu, dua kepala

Artikel Lain