suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian bertukar tragedi, budak 5 tahun maut tercekik sandwic

Mangsa meninggal dunia di pulau peranginan Gran Canaria, Sepanyol.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas tercekik sandwic ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah pulau peranginan di Sepanyol.

Bapa mangsa menghantarnya ke hospital berdekatan selepas usaha untuk mengeluarkan sandwic tersebut tidak berjaya.

Pasukan parademik turut berusaha untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu tetapi gagal.

Insiden itu berlaku lapan bulan selepas seorang kanak-kanak lelaki mengalami nasib sama selepas tercekik sosej ketika bercuti bersama keluarganya di pulau Gran Canaria.

Menurut akhbar La Provincia, ayah kanak-kanak itu menyedari mangsa tercekik selepas keluar untuk membuang sampah di luar tempat penginapan mereka.

Dia berjaya mengeluarkan separuh daripada sandwic itu tetapi jantung mangsa tiba-tiba terhenti.

Pemeriksaan bedah siasat sudah dilakukan dan keluarga mangsa turut diberi bantuan kaunseling kerana masih trauma dengan insiden itu. - Mirror.co.uk

tercekik, sandwic, pulau peranginan

Artikel Lain