Gadis ugut putus tunang andai hadiah bernilai RM13,508 sempena Hari Kekasih tidak dipenuhi - Dunia | mStar

Gadis ugut putus tunang andai hadiah bernilai RM13,508 sempena Hari Kekasih tidak dipenuhi

Chantal bersama tunangnya, Joe Kyles.

SEORANG gadis sanggup mengugut tunangnya untuk memutuskan hubungan mereka jika hadiah bernilai 2,500 pound sterling (RM13,508) dimintanya sempena Hari Kekasih tidak dipenuhi.

Chantal, 22, dari Blackpool berkata hadiah Hari Kekasih amat penting bagi dirinya sejak dia masih kecil lagi.

Dia mahukan layanan bak puteri seperti dalam filem Disney dan sentiasa mengimpikan seorang teman lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuknya, lapor The Sun.

Akhirnya dia bertemu dengan tunangnya, Joe Kyles pada 2015.

Pemuda berusia 26 tahun itu masih berjaya memenangi hati Chantal kerana sering menghadiahkan baju bernilai ribuan pound sterling untuk tunangnya itu.

Malah gadis yang bekerja sebagai penasihat pinjaman itu mendedahkan dia pernah memutuskan hubungan dengan beberapa kekasihnya ketika zaman remaja.

"Ketika saya berusia 13 tahun saya keluar janji temu dengan seorang lelaki dikenali sebagai Jack. Saya amat gembira kerana ia Hari Kekasih pertama diraikan saya, jadi apabila dia beri saya bunga palsu saya amat kecewa.

"Ketika berusia 17 tahun pula kekasih saya Tom ajak saya keluar makan malam di KFC. Saya tak faham mengapa dia fikir KFC adalah lokasi yang romantik. Jadi saya tiada pilihan melainkan memutuskan hubungan kami," katanya. - Metro.co.uk

ugut , tunang , hadiah mahal , Hari Kekasih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain