suria

Kantoi curang, suami letak gam gajah pada kemaluan isteri sebagai hukuman

Gam gajah yang diletakkan Mumo di dalam alat kemaluan isterinya.

SEORANG pemuda meletakkan gam gajah di dalam alat kemaluan isterinya selepas menyedari wanita itu menjalin hubungan sulit dengan empat lelaki lain.

Menurut media tempatan, hubungan sulit tersebut disedari Dennis Mumo dari Kitui di selatan Kenya menerusi beberapa mesej di media sosial isterinya.

Wanita itu berhubungan dengan lelaki lain ketika suaminya tiada di rumah untuk urusan perniagaan.

Sebelum urusan perniagaan ke Rwanda, Mumo dilaporkan meletakkan gam gajah di alat kemaluan isterinya yang namanya tidak didedahkan sebagai hukuman.

Berita itu bagaimanapun mengejutkan penduduk Kenya dan Mumo akhirnya ditahan polis.

Dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Mumo mendakwa dia mempunyai bukti mengenai hubungan sulit isterinya dengan empat lelaki lain.

Malah Mumo berkata dia turut ternampak gambar bogel dihantar isterinya itu kepada salah seorang lelaki tersebut. - Mirror.co.uk

gam gajah, kantoi, curang, kemaluan

Artikel Lain