suria

Tak hirau bot pemancing, pasangan kekasih buat aksi tak senonoh atas rumah api

Dua individu itu langsung tidak menghiraukan bot yang sedang lalu-lalang. FOTO: CEN.

TANPA menghiraukan bot pemancing serta bot yang membawa pelancong, dua individu ini selamba membuat aksi tidak senonoh di atas sebuah rumah api.

Menerusi kejadian di Pulau Balearic, Ibiza pada Rabu lalu, mereka juga langsung tidak mengendahkan pelancong yang hadir untuk merakam gambar di sekitar rumah api berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, nasib dua individu itu masih samar, sama ada mereka akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Malah, identiti mereka juga masih lagi menjadi teka-teka sehingga hari ini.

Pada 2018, sebuah laman web turut menyenaraikan rumah api itu sebagai 25 tempat terbaik untuk melakukan hubungan seks. - Daily Star.

 

rumah api, pulau, Ibiza

Artikel Lain