suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan koronavirus tersebar, klon Mr Bean nekad tidak keluar dari Bandar Wuhan

Dixon berada di Wuhan sejak 2 Januari lalu. FOTO: Mr Pea.

SEORANG lelaki warga British yang menjadi popular di China kerana meniru karakter Mr Bean enggan meninggalkan Bandar Wuhan.

Menurut Nigel Dixon, 53, dia tidak mahu pergerakannya menyebabkan koronavirus tersebar kepada individu lain di luar bandar itu.

Dia pada 2 Januari lalu berkunjung ke Wuhan untuk majlis keraian bersama rakannya.

Sewaktu wabak itu mula menular, Dixon membuat keputusan untuk terus kekal di sana.

Ujar Dixon lagi, dia enggan mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri.

Malah, dia juga mengambil langkah bijak dengan menghasilkan video ilmiah untuk mendidik masyarakat mengenai koronavirus.

Setiap hari, video itu disiarkan secara langsung menerusi platform Kuaishou. - Daily Star.

Mr Bean, Wuhan, koronavirus

Artikel Lain