suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

WHO umum nama baharu koronavirus, kini dikenali sebagai Covid-19

Pengumuman itu dibuat oleh ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. FOTO: Getty.

WABAK koronavirus yang bermula di Wuhan, China kini dikenali dengan nama baharu, Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia di Geneva yang mana ia kini sudah menyebabkan lebih 1,000 kematian di seluruh dunia.

Di China sahaja, ia sudah menjangkiti lebih 40,000 individu.

"Kami kini mempunyai nama penyakit ini, Covid-19," ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Tambahnya, CO mewakili perkataan corona, diikuti VI untuk virus dan D, merujuk kepada disease (penyakit).

WHO sebelum ini meneliti nama baharu bagi virus ini bagi mengelakkan stigma buruk terhadap bandaraya Wuhan yang menjadi tempat bermulanya wabak koronavirus.

Agensi rasmi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sebelum ini yang mengisytiharkan darurat kesihatan global menamakan ia "penyakit pernafasan akut 2019-nCoV". - Al-Jazeera.

Covid-2019, koronavirus, WHO

Artikel Lain