suria

Kehadiran pasukan hazmat cetus panik di universiti, pelajar disyaki koronavirus

Kehadiran pasukan hazmat menggemparkan pelajar di sebuah universiti.

SEORANG pelajar di sebuah universiti dikuarantin selepas disyaki terkena jangkitan koronavirus.

Pelajar di Universiti Sussex itu yang tinggal di sebuah kampus di Brighton baru saja kembali ke United Kingdom (UK) dari luar negara.

Mangsa dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu, kehadiran pasukan hazmat dengan ambulans dikesan di luar kampus dan video tersebut dikongsi di aplikasi WhatsApp.

Pelajar universiti terbabit turut menerima satu e-mel kira-kira pukul 3.30 petang memaklumkan bahawa salah seorang rakan mereka tidak sihat.

Setakat ini empat disahkan positif koronavirus di UK termasuk dua kakitangan kesihatan profesional.

Seorang lelaki disahkan positif jangkitan itu di Brighton minggu lalu selepas menghadiri satu persidangan di Singapura. - Metro.co.uk

koronavirus, Universiti Sussex

Artikel Lain