suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa jatuh sakit, pengantin buat keputusan berkahwin di hospital

Majlis pasangan ini turut diserikan dengan kejutan oleh pihak hospital.

MAJLIS perkahwinan setiap pengantin pastinya kurang seri jika tidak dihadiri ahli keluarga dan rakan taulan.

Begitu juga dengan pasangan ini yang mana mereka sanggup berkahwin di hospital kerana tidak mahu bapa pengantin lelaki terlepas majlis itu.

Ia gara-gara bapanya yang jatuh sakit dan perlu menjalani pembedahan segera.

Michael Thompson dan Aliyah membuat keputusan itu dan ia menjadi detik cukup bersejarah buat mereka.

Biarpun terpaksa memakai jubah khas hospital, majlis pasangan dari Texas, Amerika Syarikat (AS) itu berjalan dengan lancar.

Mahu majlis ringkas sahaja, pasangan itu bagaimanapun menerima kejutan apabila kakitangan hospital menyediakan bunga, kek dan jus buat mereka. - India Times.

kahwin, hospital, pembedahan

Artikel Lain