suria

Takut mahu buka mulut, remaja lahirkan bayi selepas jadi mangsa nafsu bapa sendiri

Ujian DNA mengesahkan gadis itu menjadi mangsa nafsu bapanya sendiri. FOTO: Getty Stock.

TINDAKAN seorang bapa di United Kingdom (UK) yang sanggup merogol anak gadisnya membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun.

Lebih malang, gadis itu juga melahirkan seorang bayi hasil perlakuan sumbang bapanya, Quaser Abas yang berusia 37 tahun.

Selepas bersalin, gadis itu diarah menjalani ujian DNA sebelum disahkan anak berkenaan merupakan benih bapanya sendiri.

Menurut pendakwaraya, tindakan lelaki itu menyebabkan anaknya takut untuk membuka mulut sehinggalah dia melahirkan bayi.

Selain dirogol, gadis itu juga turut didera oleh bapanya.

"Saya tak mahu ada anak pada usia ini. Saya tak tahu kenapa ia boleh berlaku.

"Saya sangat takut untuk maklumkan pada ibu. Apabila saya tahu saya hamil, saya takut nak cerita pada orang lain," ujar mangsa.

Kata gadis itu, dia lega membuka mulutnya selepas bersalin dan berharap tiada lagi gadis lain yang menjadi mangsa bapanya. - Daily Mail.

 

Quaser Abas, rogol, ujian DNA

Artikel Lain