suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki lamar teman wanita dalam restoran makanan segera jadi mangsa hinaan, akhirnya majlis kahwin dapat tajaan penuh

Aksi lamaran pasangan ini menjadi tular di media sosial.

AKSI seorang lelaki yang melamar teman wanitanya dalam restoran makanan segera KFC di Afrika Selatan baru-baru ini menjadi tular di media sosial.

Namun, detik manis itu turut dicemari dengan kata-kata hinaan oleh seorang wartawan wanita menerusi laman Twitter.

Menurut wartawan itu, lelaki yang melamar teman wanita di KFC disifatkannya sebagai miskin dan kurang berkemampuan.

Akibatnya, dia teruk dihentam semula oleh orang ramai.

Apa yang menggembirakan, pihak KFC Afrika Selatan turut meminta bantuan orang ramai agar mencari semula pasangan itu.

Selain hadiah oleh pihak KFC, pihak Puma Afrika Selatan turut membuat tawaran untuk menaja sepenuhnya perkahwinan mereka.

Lebih manis, syarikat lain seperti McDonald's, Uber, Audi dan Huawei turut memberi hadiah buat pasangan itu setelah kisah mereka tular. - BoredPanda.

lamaran, KFC, dihina, wartawan

Artikel Lain