suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesan hisap vape, remaja 17 tahun terpaksa jalani pemindahan dua paru-paru

Remaja itu dimasukkan ke hospital selepas paru-parunya gagal berfungsi.

SEORANG remaja lelaki dipercayai menjadi individu pertama menjalani pembedahan pemindahan dua paru-paru disebabkan penggunaan rokok elektronik.

Malah ia juga pembedahan pemindahan paru-paru pertama di dunia terhadap pesakit yang mengalami kerosakan teruk pada organ tersebut akibat menghisap vape.

Pesakit berusia 17 tahun itu dilaporkan stabil dan tempoh pemulihannya mengambil masa yang agak lama.

Terdahulu, dia dimasukkan ke sebuah hospital di Michigan, Amerika Syarikat (AS) kerana disahkan menghidap pneumonia.

Namun doktor menemui banyak kesan parut dan keradangan pada paru-parunya.

Pada 15 Oktober lalu, remaja lelaki itu selamat menjalani pemindahan paru-paru.

Remaja itu akan meninggal dunia jika dia tidak menjalani pembedahan itu dengan segera.

Dr Hassan Nemeh yang juga pakar bedah di hospital terbabit menyifatkan kerosakan pada paru-paru remaja itu disebabkan vape amat mengejutkan.

"Ia kerosakan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Sila fikir sebelum bertindak dan beritahu anak-anak anda mengenai kesan buruk ini," katanya.

Tidak dipastikan berapa lama remaja itu menghisap vape tetapi kesan penggunaan rokok elektronik itu hampir meragut nyawanya.

Profesor Thomas Munzel dari jabatan kardiologi University Medical Centre di Mainz, Jerman berkata rokok elektronik amat berbahaya.

"Tiada bukti menyokong dakwaan bahawa rokok elektronik sebagai alternatif sihat daripada merokok atau alat itu boleh membantu perokok tegar menghentikan tabiat itu," katanya. - Metro.co.uk

pemindahan, paru-paru, vape

Artikel Lain