suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden cirit-birit akibatkan kolam renang terpaksa ditutup sementara

Sebuah kolam renang terpaksa ditutup sementara selepas seorang perenang cirit-birit. The Galleon Centre/Facebook

SEBUAH kolam renang di Scotland ditutup pada Selasa selepas salah seorang daripada perenang cirit-birit semasa kelas renang.

Seorang pengurus di Galleon Centre, Kilmarnock mengesahkan kejadian itu, menyebabkan kolam renang ditutup selama 15 jam untuk pembersihan.

Sejak insiden tersebut, proses pembersihan di kolam renang itu dilakukan secara mendalam.

Pengurus berharap kolam renang berkenaan dapat beroperasi semula dengan segera.

Pemangku pengurus besar Galleon, David Hasson berkata: "Dukacita dimakklumkan bahawa kami terpaksa menutup kolam renang berikutan salah seorang perenang mengalami cirit-birit semasa kelas renang.

"Cirit-birit mungkin mengandungi bakteria dan virus dan mungkin juga mengandungi cryptosporidium.

"Kami mengikut garis panduan kesihatan dan keselamatan, bagi memastikan keselamatan buat semua perenang," katanya. - Daily Star



kolam renang, cirit-birit

Artikel Lain