suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu keluar malam bersama rakan, anak pula ditinggalkan sendirian di rumah

Tracy (kiri) didakwa atas tiga pertuduhan mengabaikan kanak-kanak.

SEORANG wanita ditahan kerana didakwa meninggalkan tiga anaknya di rumah bersendirian untuk keluar malam bersama rakannya.

Lebih mengejutkan, ibu muda itu turut membiarkan pintu rumah terbuka luas semasa ketiadaannya.

Courtney Tracy, 22, didakwa atas tiga pertuduhan mengabaikan kanak-kanak selepas polis menjumpai tiga anaknya ditinggalkan di sebuah rumah di Princeton, Virginia Barat, Amerika Syarikat (AS).

Polis bergegas ke kediaman Tracy selepas dimaklumkan seorang saksi selepas terlihat kanak-kanak itu bersendirian dengan keadaan pintu rumah terbuka.

Menurut laporan polis yang dibuat, semua kanak-kanak itu ditinggalkan untuk tempoh yang agak lama.

Saksi berkata mereka cuba menghubungi Tracy menerusi mesej, Facebook dan panggilan telefon tetapi tidak berjawab.

Namun wanita berusia 22 tahun itu pulang ke rumah keesokan paginya.

Tracy kini ditahan di sebuah penjara di selatan Virginia Barat, Amerika Syarikat (AS). - Metro.co.uk

tinggal anak, keluar malam

Artikel Lain