suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu gagal beri isyarat, 16 penumpang cedera apabila dua kereta api bertembung

Detik cemas sewaktu kejadian di Hyderabad, India.

SERAMAI 16 individu cedera apabila dua kereta api berlanggar di Hyderabad, India.

Kejadian yang berjaya dirakam menerusi kamera CCTV itu memaparkan dua kereta api berkenaan merempuh satu sama lain.

Kejadian dikatakan berlaku akibat salah seorang pengendali kereta api itu tidak menghiraukan tanda amaran gerabak.

Kata pihak berkuasa lagi, pemandu itu meneruskan perjalanan tanpa memberi sebarang isyarat.

Sewaktu kejadian, sebahagian penumpang yang terlibat kelihatan melompat keluar dan cuba menyelamatkan diri.

16 individu yang cedera pula dihantar ke hopsital berdekatan.

Malah, seorang lagi penumpang dikatakan berada dalam keadaan kritikal akibat kejadian itu.

Kereta api berkenaan berada dalam perjalanan ke Falaknuma sewaktu kejadian itu berlaku. - Daily Star.

 

kereta api, kemalangan, penumpang, cedera

Artikel Lain