suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecewa polis tak endah laporan, wanita buka mulut alami trauma selepas insiden dilempar najis

Heidi mendakwa masih lagi trauma dengan insiden itu.

SEORANG wanita trauma selepas dilempar dengan bungkusan besar berisi najis yang mengenai wajahnya dalam satu serangan secara rawak.

Mangsa, Heidi Van Tassel dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menikmati hidangan Thai bersama rakan di Hollywood Walk of Fame di Los Angeles ketika diserang seorang gelandangan dikenali sebagai Jere Blessings.

Namun Heidi baru mendedahkan insiden yang dialaminya pada April lalu hari ini.

"Seluruh wajah saya terkena najis (cirit-birit). Paramedik yang merawat saya berkata najis itu terlampau banyak.

"Ia seperti sudah disimpan lelaki itu selama sebulan. Insiden itu tidak akan saya lupakan. Ia amat menjijikkan," katanya.

Heidi dikejarkan ke sebuah hospital dan disahkan positif jangkitan disebabkan najis tersebut.

Dia kini perlu diperiksa setiap tiga bulan untuk mengenal pasti jika ada sebarang penyakit dihidapinya akibat najis tersebut.

Heidi menghubungi polis Los Angeles tetapi tiada tindakan susulan diambil terhadap laporannya.

Katanya, insiden itu memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

"Saya masih lagi trauma. Insiden itu terlalu dahsyat. Ia menjejaskan kehidupan saya," katanya. - Metro.co.uk

najis, gelandangan, trauma

Artikel Lain