suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden ketiga Indonesia BJ Habibie meninggal dunia

BJ Habibie.

BEKAS Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Berita kematian Habibie yang bergelut dengan masalah jantung dimaklumkan anaknya Tariq Kemal kepada Metro TV.

Habibie menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.01 petang waktu Indonesia Barat di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta.

Beliau adalah presiden Indonesia ketiga menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Terdahulu pada Mac 2018, BJ Habibie menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan 'asphyxia'. - CNNIndonesia

Artikel Lain