suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja ceroboh rumah sempat masak dan makan sebelum ditahan

Remaja ini sempat masak dan makan sebelum melarikan diri apabila tuan rumahnya mengugut untuk menghubungi polis.

ANGGOTA marin Amerika Syarikat ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah di Florida.

Remaja berusia 19 tahun itu bukan sahaja menceroboh kediaman itu, terapi turut memasak dan makan di situ.

Kejadian berlaku di Safety Harbor City kira-kira pukul 4 pagi Selasa sebelum berita mengenainya disiarkan CBS 17 pada Rabu.

Apabila tuan rumah berdepan dengannya, Gavin Crim  dengan selamba memintanya supaya pulang ke bilik dan tidur.

Berang dengan tindakan Crim, tuan rumah berkenaan mengugut untuk menghubungi polis.

Sebaik mendengar kata-kata tuan rumah itu, Crim terus melarikan diri.

Bagaimanapun, dia gagal melepaskan diri apabila anggota polis berjaya menahannya di kawasan paya berdekatan rumah berkenaan.

Crim ditahan dan dihadapkan ke mahkamah kerana cubaan merompak dan kini ditempatkan di Penjara Pinellas County.

Menuru laporan kes itu, Crim di bawah pengaruh arak.

Remaja itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$1,000 (RM4,172) - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network


Crim, Florida

Artikel Lain