Lelaki berdiri 6 jam dalam pesawat gara-gara isteri nak tidur, ini cinta sejati dan pentingkan diri?

Lelaki itu hanya berdiri sambil memandang isterinya yang cuba untuk tidur di barisan kerusi yang sempit dalam pesawat.

FOTO seorang lelaki berdiri selama enam jam dalam pesawat tular dan sebab dia berbuat demikian wajar dipuji.

Gambar itu dikongsi pengguna Twitter, Courtney Lee Johnson dengan kapsyen, "Lelaki ini berdiri sepanjang enam jam bagi membolehkan isterinnya tidur. Itulah yang dinamakan cinta."

Menerusi imej yang menjadi tular itu, kelihatan lelaki berjambang penuh beruban itu memandang isterinya yang cuba tidur dalam kedudukan yang sempit di tiga kerusi pesawat.

Sebaik foto itu tular di Twitter, pelayar media sosial mula menyuarakan pandangan mereka mengenai pasangan yang penuh perasaan kasih sayang itu.

Bagaimanapun, tidak semua yang percaya tindakan si suami itu hingga membuatkan komen yang diberikan berbelah bahagi.

Ada yang menganggap lelaki itu seorang yang baik hati, manakala pandangan lain pula menyatakan isterinya seorang yang mementingkan diri sendiri hingga tergamak membiarkan suaminya berdiri sepanjang penerbangan itu.

"Inilah cinta sejati," kata pengguna Twitter.

"Wanita itu pentingkan diri sendiri, dia boleh sahaja letakkan kepalanya pada bahu suaminya dan tidur," komen seorang lagi.-indiatoday

Twitter, Courtney Lee, pesawat

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain