suria

Bukan sengaja, ibu pertahan anak didakwa pijak kepala bayi sampai mati

Suspek kanak-kanak itu kini ditempatkan di institut kesihatan mental. Foto WBAY-TV

"MUSTAHIL ia dibuat secara sengaja, saya percaya ia hanya kemalangan. Apa-apapun saya tetap percayakan anak perempuan saya," luah seorang ibu kepada Inside Edition.

Wanita tersebut berkata demikian mengenai anak perempuannya yang berusia 11 tahun, kerana didakwa memijak kepala seorang bayi sampai mati dalam satu kejadian pada 30 Oktober 2018.

Mangsa yang merupakan bayi berusia enam bulan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital pada 1 November 2018.

Suspek dikatakan panik selepas bayi berkenaan menangis selepas dijatuhkan di sebuah pusat jagaan di Chippewa Falls di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).

Pendakwa raya mendakwa bahawa budak 11 tahun itu melepaskan bayi tersebut, Jaxon Liedl dari pangkuannya, sebelum memijak kepala mangsa akibat panik.

Memetik laporan Mail Online, seorang doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan kecederaan bukan berpunca daripada kemalangan. 

Suspek kanak-kanak kini ditempatkan di Institut Kesihatan Mental Winnebago. - Mirror UK

Artikel Lain