suria

Seramai 16 orang alami 'sindrom serigala' selepas pengambilan ubat masalah perut

Seorang kanak-kanak dari India dan lelaki dari Mexico mengalami gejala sindrom serigala.

SERAMAI 16 kanak-kanak mengalami 'sindrom serigala' selepas mengambil ubat-ubatan yang tercemar di Sepanyol.

Kanak-kanak tersebut mengalami hipertrikosis, iaitu ditumbuhi bulu di badan mereka selepas mengambil ubat berkaitan dengan masalah perut.

Syarikat yang mengeluarkan ubat-ubat tersebut di Malaga telah digantung lesennya.

Turut terjejas termasuk enam orang bayi apabila ubatan itu digunakan sebagai merawat masalah asid dalam perut bayi serta pencernaan.

Ibu bapa yang menggunakan ubatan terbabit telah dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera.

Difahamkan syarikat farmaseutikal itu mempunyai pengedar di India.

Bagaimana pun pihak berkuasa Sepanyol berkata, kanak-kanak atau dewasa yang mengalami sindrom serigala ini seupaya tidak terlalu bimbang kerana ia akan hilang sebaik sahaja berhenti mengambil kapsul 'omeprazole' ini. -dailymail.co.uk

Sindrom serigala, ubat

Artikel Lain