suria

Ibu beri anak makan najis anjing bebas hukuman penjara

Mary Elizabeth Moore.

SEORANG ibu kejam yang memberi dua anaknya makan najis anjing bebas daripada hukuman penjara.

Hukuman penjara tujuh tahun yang dikenakan ke atas Mary Elizabeth Moore bagaimanapun ditangguhkan semasa sesi pendengaran di Jay, Oklahoma pada Jumaat lalu.

Mary mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengabaikan anaknya yang berusia tiga dan lima tahun pada waktu itu.

Wanita berusia 34 tahun itu didakwa membiarkan kedua-dua anaknya kebuluran sehingga hilang berat badan melampau.

Perbuatan kejamnya itu terbongkar selepas dua anaknya itu terpaksa menerima rawatan intensif akibat malnutrisi melampau.

Semasa disoal siasat seorang pekerja sosial, anak perempuan Mary berkata 'dia diberi makan najis anjing'.

Cacing kerawit turut ditemui dalam najis kanak-kanak itu.

Malah mangsa mendakwa dia akan dipukul jika ketawa. - Metro.co.uk

najis anjing, hukuman penjara

Artikel Lain