suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikut bapa sedang khayal ke tasik, budak 4 tahun mati lemas

Steven Powers III ditemui mati lemas.

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun mati lemas selepas mengikut bapanya yang sedang khayal berenang di sebuah tasik.

Polis berkata Steven Powers II sedang khayal semasa anaknya, Steven Powers III lemas di Tasik Ford Gibson dekat Oklahoma pada 13 Ogos lalu.

Isteri Powers, Tina Powers yang juga ibu tiri kepada kanak-kanak malang itu didakwa mengetahui suaminya mengambil bahan terlarang jenis Xanax tetapi tidak melarang suaminya membawa mangsa dan beberapa lagi anak mereka ke tasik berkenaan.

Steven Powers kemudian mengaku mengambil Xanax sebelum pergi ke tasik tersebut.

Katanya, dia menyedari semua anaknya leka berenang tetapi dia tidak memantau setiap pergerakan mereka.

Pihak berkuasa memaklumkan Powers tidak mempunyai preskripsi untuk Xanax.

Polis berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu tidak memakai pelampung ketika berenang di tasik tersebut.

Steven Powers II dan Tina Powers didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua. - Metro.co.uk

lemas, khayal

Artikel Lain