suria

Dipukul hingga mati di rumah sendiri gara-gara disalah anggap sebagai pedofil

Raymon Dixon dibunuh di rumahnya sendiri. Foto MEN Media

SEORANG lelaki dipukul hingga mati di rumahnya sendiri apabila disalah anggap sebagai pedofil.

Raymond Dixon dibunuh secara kejam oleh Edward Fitzgerald yang menyangka mangsa telah melakukan kesalahan.

Memetik laporan Manchester Evening News, Fitzgerald, 50, memecah masuk kediaman Dixon di Bury di Manchester dan memukulnya dengan kejam.

Fitzgerald dimaklumkan oleh seorang lelaki, Lee Hopkinson mengenai khabar angin bahawa Dixon merupakan seorang pedofil, sedangkan dia mahu Fitzgerald dan seorang lagi, Anthony Dennison untuk membantunya erompak mangsa.

Hopkinson, 30, dan Dennison, 45, menggeledah rumah mangsa untuk mendapatkan barang-barang berharga dan mengambil televisyen 40 inci, pemain Playstation dan banyak lagi di dalam dua beg.

Jiran Dixon menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Fitzgerald dijatuhkan hukuman seumur hidup dengan minimum 23 tahun oleh Mahkamah Crown Manchester.

Hopkinson dijatuhi hukuman penjara 13 tahun selepas mengaku bersalah terlibat dalam pembunuhan itu, manakala Dennison menerima hukuman penjara lima tahun kerana merompak. - Mirror UK


pedofil, bunuh, kejam

Artikel Lain