Gadis saman syarikat kapal layar, dakwa dirogol secara berkumpulan sewaktu bercuti - Dunia | mStar

Gadis saman syarikat kapal layar, dakwa dirogol secara berkumpulan sewaktu bercuti

Menurut mangsa, kejadian berlaku sewaktu dia mengikuti satu pelayaran pada Krismas tahun lalu. FOTO: Getty.

SEORANG pelajar sekolah mendakwa dia dirogol secara berkumpulan sewaktu menaiki pelayaran pada sambutan Krismas tahun lepas.

Gadis berusia 15 tahun itu berkata, kejadian berlaku sewaktu dia bercuti bersama keluarganya.

Dakwaan gadis itu menambahkan lagi kehangatan kontroversi yang memperkatakan mengenai salah laku seksual dan kecuaian dalam kalangan krew kapal.

Menurut pendakwaan yang dilakukan di Florida, dia terpisah dengan keluarganya sebelum tidak sedarkan diri akibat diberi alkohol oleh 12 penumpang lelaki.

Kata gadis itu, beberapa krew kapal menyaksikan kejadian itu, namun gagal untuk melindunginya.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat kapal berkenaan bagaimanapun enggan mengulas isu saman yang difailkan ke atas mereka. - Daily Star.

kapal layar , rogol berkumpulan , mangsa , saman

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain