suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyaris maut ditikam di wajah, pemuda kritikal bertarung nyawa di hospital

Kejadian berlaku pada Ahad di Haringey, London.

SEORANG lelaki kini bertarung nyawa apabila dia parah setelah ditikam di bahagian wajahnya.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikejarkan ke hospital selepas serangan itu berlaku di Haringey, London.

Polis Metropolitan menerusi satu kenyataan berkata, mereka menerima laporan mengenai kejadian sekitar pukul 2.19 petang, Ahad.

"Pegawai menemui mangsa yang parah dengan beberapa kesan tikaman.

"Dia dibawa ke hospital dan kini sedang bertarung nyawa. Waris juga sudah dimaklumkan," ujar kenyataan itu.

Sehingga kini, tiada suspek berjaya ditahan.

Kejadian serangan itu berlaku sehari selepas seorang anggota polis ditikam secara mengejut di Leyton, London. - Daily Star.

Serangan, tikam, kritikal, London

Artikel Lain