suria

Pelajar hantar nota sayu buat ibu sebelum ditemui mati dalam sungai

Richard ada menghantar mesej kepada rakannya dan memaklumkan dia mahu terjun sungai. FOTO: Keith Bliss.

RICHARD Bliss, 19 ditemui meninggal dunia dalam Sungai Mersey di Liverpool pada minggu lalu.

Sebelum mayatnya ditemui, dia ada menghantar mesej terakhir buat ibunya.

Wanita itu mendedahkan mangsa ada menghantar mesej 'I love you' kepadanya sebelum kejadian itu.

Keluarga mangsa ternyata terkejut saat menerima berita mengenai kematiannya.

Dia yang juga pelajar Universiti Liverpool keluar bersama beberapa rakan sebelum ditemui mati di dalam sungai.

Dia yang berjaya diselamatkan pada mulanya akhirnya disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke hosptital.

Richard juga dipercayai ada menghantar mesej kepada rakannya dan memberitahu dia mahu terjun ke dalam sungai.- Mirror.

Richard Bliss, sungai, mati

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19