suria

Lelaki dakwa dirogol di sebuah lorong, polis tahan pemuda berusia 25 tahun

Polis menyita kawasan kejadian.

SEORANG pemuda ditahan kerana disyaki merogol lelaki di luar sebuah kelab pada Jumaat.

Mangsa memberitahu kepada paramedik bahawa dia telah dirogol di sebuah lorong berhampiran Essex.

Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun berikutan kejadian itu.

Pekerja-pekerja di kedai berhampiran terkejut apabila melihat beberapa buah kenderaan polis berada berdekatan.

Salah seorang saksi, Ashfaq Ahmed,46, memberitahu dia melihat van forensik polis ketika ingin membuka kedainya pagi Jumaat.

“Sesuatu yang buruk berlaku, jadi saya tutup kedai.

“Saya ada bertanya kepada polis apa yang berlaku, namun mereka tidak memberitahu saya,” jelasnya.

Sementara itu poli Essex memberitahu: “Kami dihubungi pihak ambulan lebih kurang pukul 4.45 pagi selepas seorang lelaku memberitahu dia telah dirogol di lorong Baddow Road, Chelmsford.

“Kami membuar siasatan di tempat kejadian menerusi CCTV sebelum menahan seorang lelaki berusia 25 tahun .” –Dailymail.co.uk

Lelaki, rogol, lorong

Artikel Lain