suria

Perut terbelah akibat tali pinggang keledar, "Saya anggap ia kemalangan aneh"

Arnold menyifatkan kemalangan itu sebagai aneh.

PERUT seorang pemandu wanita terbelah separuh oleh tali pinggang keledar yang digunakannya selepas terlibat dalam kemalangan ngeri.

Namun Gina Arnold berterima kasih kepada tali pinggang keledar itu kerana menyelamatkan nyawanya tetapi ia turut memberi kesan luka pelik yang jarang dilihat doktor sebelum ini.

Gadis berusia 22 tahun itu dalam perjalanan balik dari kerja pada Oktober 2017 ketika kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam keadaan hujan lebat di Macomb, Michigan.

Keadaan parut akibat kesan luka di perut Arnold.

Dia berada dalam keadaan koma selama tiga hari, mengalami beberapa keretakan tulang dan terpaksa belajar untuk berjalan semula selepas tali pinggang keledar 'membelah' perutnya.

"Saya bersyukur tali pinggang keledar itu menyelamatkan nyawa saya tetapi sukar untuk saya melupakan kesan kecederaaan akibat alat keselamatan utama itu.

"Saya panggil ia kemalangan aneh. Saya tidak percaya tali pinggang keledar itu menyebabkan kesan luka teruk di bahagian perut," katanya.

Luka di perut Arnold mengambil masa selama dua tahun untuk pulih selepas menjalani 21 pembedahan termasuk meletakkan mesh di bahagian dinding perutnya itu. - Metro.co.uk

Artikel Lain