suria

YouTuber buat rakaman terjunan maut, payung terjun gagal berfungsi

Ruben Carbonell maut selepas payung terjunnya gagal berfungsi. Foto Facebook

SEORANG YouTuber memecah masuk sebuah kilang simen pada waktu malam, untuk membuat terjunan dari salah satu cerobong asap setinggi 46 meter.

Dia bagaimanapun maut dalam kejadian itu selepas payung terjunnya gagal berfungsi.

Hasratnya untuk merakamkan terjunan itu dan memuat naiknya di saluran YouTube sebagai dedikasi kepada sukan-sukan ekstrem.

Seorang rakan yang turut bersamanya ketika kejadian berlaku menyedari perkara tersebut apabila Ruben Carbonell terjatuh ke atas tanah.

Carbonell yang merupakan warga Sepanyol, maut di tempat kejadian.

Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana kedua-dua mereka memecah masuk ke kilang simen dan memanjat cerobong asap. - Mirror UK


payung terjun, YouTube, YouTuber

Artikel Lain