suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu terlelap dalam rumah, anak usia 2 tahun meninggal akibat lemas dalam kereta

Kejadian berlaku di Tierrasanta, San Diego, California. FOTO: NBC San Diego.

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia di dalam kereta sewaktu ibunya tidur di dalam rumah.

Wanita itu dilaporkan bangun dari tidur sebelum menghubungi polis kerana tidak menemui anaknya.

Tidak lama kemudian, dia menyedari anaknya berada di dalam kereta.

Tidak dapat dipastikan berapa lama, namun anaknya disahkan meninggal dunia sebaik polis tiba di kediaman itu.

Kejadian berlaku di Tierrasanta, San Diego, California.

Dalam pada itu, jiran-jiran turut memberi sokongan penuh kepada keluarga itu dalam berhadapan detik sukar kehilangan si cilik kesayangan.

"Ianya sukar. Boleh jadi pada sesiapa sahaja. Saya pun seorang ibu. Ini satu kejadian malang," ujar salah seorang jiran.

Sehingga kini, tidak dpaat dipastikan bagaimana mangsa boleh masuk ke dalam kereta tanpa disedari ibunya. - Mirror.

Artikel Lain