suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki parah dicampak dari balkoni oleh pesakit skizofrenia terlepas jagaan

Budak lelaki itu dilaporkan kritikal.

SEORANG remaja yang mencampak seorang budak lelaki berusia enam tahun dari balkoni di Tate Modern merupakan pesakit skizofrenia yang didakwa melarikan diri daripada penjaganya.

Suspek dilaporkan tinggal di sebuah rumah yang dikawal ketat dan hanya dibenarkan keluar ditemani dua penjaganya.

Polis sedang menyiasat sama ada remaja itu meninggalkan kediamannya tanpa kebenaran atau sama ada dia hilang semasa dibawa keluar rumah.

Remaja berusia 17 tahun itu didakwa dengan pertuduhan cubaan membunuh selepas budak lelaki terbabit dicampak dari ketinggian 100 kaki di balkoni Tate Modern di selatan London pada Ahad.

Lokasi mangsa dicampak oleh pesakit skizofrenia.

Mangsa merupakan warga Perancis yang bercuti di London bersama keluarganya, dikejarkan ke hospital dan dilaporkan kritikal.

Bekas penjaga yang pernah menjaga suspek memberitahu The Sun:"Dia antara pesakit mental paling sukar dan amat mencabar untuk dijaga."

"Dia akan marah jika sesuatu yang diingininya tidak dipenuhi atau dia diarahkan mengenai apa yang patut dilakukan," katanya.

Saksi menyifatkan insiden itu amat mengerikan ketika seorang wanita menjerit 'itu anak saya' selepas kanak-kanak itu terbaring di bumbung tingkat lima galeri seni terkemuka di London itu. - Mirror.co.uk

Artikel Lain