suria

Gambar suspek insiden tembakan rambang di Texas didedah, angka kematian sebenar belum sah

Crusius dilihat melepaskan tembakan rambang ke dalam pusat membeli-belah itu.

SEKURANG-kurangnya 19 dipercayai maut dalam tragedi tembakan rambang di sebuah pusat membeli-belah Walmart di Texas pada Sabtu.

Seorang lelaki melepaskan tembakan dan membunuh puluhan mangsa yang sedang membeli belah di pusat membeli belah Cielo Vista, kata Datuk Bandar El Paso, Dee Margo.

Kira-kira 22 mangsa pula dikejarkan ke hospital manakal 40 lagi cedera termasuk seorang bayi berusia empat bulan, lapor CBS News.

Bagaimanapun jumlah kematian sebenar belum disahkan secara rasmi.

Kira-kira 19 orang awam maut dalam insiden itu.

Seorang lelaki bersenjata ditahan dan dikenal pasti sebagai Patrick Crusius, 21, dari Allen, Texas.

Dua pegawai polis dan seorang sumber kerajaan mengesahkan identiti Crusius.

Rakaman CCTV menunjukkan Crusius melepaskan tembakan rambang di dalam pusat membeli-belah itu sambil menggunakan fon kepala.

Difahamkan penyiasat sedang menganalisis posting online yang dimuatnaik beberapa hari sebelum tembakan rambang itu yang boleh merungkai motif insiden tersebut. - Metro.co.uk

Artikel Lain