suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terkejut, lembu dua kepala lahir di ladang milik keluarga

Lembu dua kepala yang dilahirkan di Montana, Amerika Syarikat.

TAK pernah lihat sesuatu seperti ini.

Begitulah reaksi seorang wanita yang pertama kali melihat lembu dilahirkan dengan dua kepala, baru-baru ini.

Penemuan itu berlaku sewaktu dia sedang membuat pemeriksaan di ladang milik keluarganya di Montana, Amerika Syarikat.

Heather Herman, 30, berkata, dia sedang membuat pemeriksaan harian sewaktu menemui haiwan yang dianggap aneh itu.

"Saya buat kerja harian saya, saya perasan lembu itu bersendirian, jadi saya hampirinya.

"Anak lembu itu terbaring dan saya lihat sesuatu yang agak aneh.

"Perasaan bercampur baur bila tengok ia ada dua kepala," jelas Heather.

Kelahiran lembu yang memiliki dua kepala merupakan kes yang jarang berlaku.

Baru-baru ini kes sama turut dilaporkan berlaku di India. - Daily Star.

Artikel Lain